Tuesday, 13 November 2012

4
comment(s)

happy deepavali

hai korang...
lamenye aku tak blogwalking...rindu pulak nak skodeng blog ohsem korang tu...almaklumlah aku sibuk menjalani rutin harian aku kat hospital...
oh, lupe.. minggu ni aku dapat praktikal kat hospital kajang...perghhh.... jauh beza dengan hospital yang aku pernah pergi sebelum ni...
sebelum ni aku pernah praktikal hosp klang, hosp sg buloh, hosp selayang...
bila dah dapat kajang, semua berbeza... 
yela, hospital lain bertingkat2, tapi kat kajang, ade 3 tingkat je...
sangat sempit,.. tapi takpe lah...
yang penting aku dapat jugak tolong orang sakt kan.. 
alhamdulillah....

eh, kenapa aku buat entry nih? ape kena mengena dengan aku praktikal????
camni hah citernyee...
pesakit aku kebanyakannye hindu...so, semalam agak sedih la tengok diorang...baring2 kat katil, setiap masa tengok jam...tunggu masa yang ditunggu2 nak merayakan deepavali..
macam kita jugak orang ISLAM, mesti sedih kan kalau beraya kat hospital...

yang lagi sedih, ada aunty tu, dia baru je lepas operation potong kaki...
dia cakap kat aku dia sedih sebab esok nak raya, dah dua2 kaki takde...asalnya kaki kanan je yang takde...

tup tup, kene buang jugak yang kiri.. sebab ade infection... tambah2 lagi, dia ade diabetes mellitus...
memang tak boleh nak biarkan..
so, kita ni yang masih cukup tangan, kaki dan segalanya, bersyukur lah dengan apa yang kita ada... gunakan sebaik2nya... insyaAllah...
berbalik topik entry kita, korang tahu macam mana perayaan deepavali tu dirayakan?? haaa, yang tak tahu tu meh nak kongsi ngan korang..

info mengenai perayaan deepavali ::
seperti yang kita tahu, perayaan ini disambut oleh masyarakat hindu.. biasanya dirayakan dalam bulan Oktober atau November iaitu pada bulan gelap yang bernama ' aippasi '.. so, diorang akan pasang pelita sebab percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan... pada pagi hari, mereka akan menyucikan tubuh badan dengan memakai sedikit minyak di kepala dan mandi.. pendek kata, mandi minyak laa..  dan kemudian mereka akan bersembahyang.. tak kisah la di rumah atau di kuil... lepas sembahyang, mereka akan berkunjung ke rumah saudara mara dan surirumah akan menyediakan kotak2 berisi manisan dan membawa apabila berkunjung ke rumah saudara mara.. rangoli ( lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni) akan menyambut tetamu di depan rumah,..




okayy....dikesempatan ni.. aku nak ucapkan HAPPY DEEPAVALI kepada semua masyarakat hindu... :)



sharing is caring

4 comments:

  1. alahai kesian aunty tu... btw, nice entry :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenx dear... :D
      betul3, kesian aunty tuh..kita bersyukur la cukup segalanya...
      alhamdulillah...

      Delete