Sunday, 24 March 2013

45
comment(s)

DEAR READERS :: WISH ME LUCK FOR FINAL

hye awoooook... :)
sihat ke? semoga anda anda dan anda semua sihat dan ceria selalu.. amin...

okay.. back to the topic...
mungkin jari jemari aku akan bercuti dari menaip dan mata aku juga akan MC dari skodeng blog ohsem korang..
kenapa??
sebabnya.......aku perlu tumpukan perhatian untuk final pada 2 APRIL - 9 APRIL..
dan jadualnya pula memang terbaik wa cakap lu....
nak hammbekkk ko.. ::

2 APRIL 2013..  NUR 251 (REPRODUCTIVE AND SEXUAL HEALTH NURSING)
2.15PM - 5.15PM  (3 HOURS)

3 APRIL 2013.. NUR 252 (PAEDIATRIC NURSING)
2.15PM - 4.15PM (2 HOURS)

4 APRIL 2013.. NUR 253 (COMMUNITY NURSING)
9AM - 11AM (2 HOURS)

5 ARPIL 2013.. NUR 250 (MENTAL HEALTH AND GERONTOLOGY NURSING)
8.30AM - 11.30AM (3 HOURS)

9 APRIL 2013.. NUR 254 (COMMUNICABLE DISEASES, ONCOLOGY AND SPECIAL SENSES NURSING)
9AM - 12PM (3 HOURS)

dan yang lagi best aku ada OSCE (Objective Structured Clinical Examination)
 pada 11 APRIL 2013..
apa tu OSCE? ha.. korang boleh tengok SINI dan SINI.. SINI pon boleh juga..
pendek kata, kitorang akan dikuarantinkan hampir 1 hari sehelai sepinggang tanpa apa2.. itu kalau UiTM la,. tempat lain aku tak sure la kene kuarantin ke tidak.. mungkin sama je...
dan yang pasti OSCE lagi cuak dari FINAL.. sebab OSCE ni kita kene buat procedur tu sorang diri depan pengawas yang jaga dan berdepan dengan pesakit (model).. markah akan diberi on the spot.. kalau FAILED, nasib hang laa...

lepas je OSCE selesai, masih belum lagi dapat menikmati kehidupan..
hanya menikmati tekanan tahap tak berapa nak gaban sangat..
sebab,.. mase pelajar lain cuti semester, kami student nursing tak dapat cuti...
masa tu la, kami sambung praktikal ke hospital selama 5 minggu..

sebenarnya kalau pandai menggunakan masa, takde la teruk sangat nak bernafas..
aku je yang tak pandai nak bahagikan masa.. haha.. nasib baik ler kawe sedor diri...
banyak benda aku nak kena tumpukan untuk final...

to readers ::
doakan yang terbaik untuk final aku tau...
nanti datang la jenguk blog aku walaupon aku MC panjang.. hihihi..
bukan ape, tak nak biarkan sampai bersawang.. tolong la lapkan sawang2 yang ada tu yer..
kalau ada masa, aku akan curi2 skodeng blog korang... taw!
jangan lupe tinggalkan jejak korang...
jerit kat shoutbox tu..lagi bagus kalau komen je kat entry.. 
okay?

terima kasih banyak2 sebab sudi luangkan sedikit masa tuk baca entry ni..
awookkk ohsem :)

doakan kami


sharing is caring

Friday, 22 March 2013

12
comment(s)

UNTUK KAU :: SELAMAT HARI LAHIR




haii awook..
sekian lama menghilangkan diri..baru hari ni jari ni menaip..
aishh...susah bila jadi VIP ni.... ke sana ke sini..haha
biarpun pada hakikatkan busy dengan kelas dan praktikal di hospital....
ramai tanya bila nak update.. nah! seketul aku kasi..

entry ni tuk 'dia' yang bergelar 'kawan'..
aku teringat hari ni bufday kau, so aku terlintas tuk buat entry ni..

anggaplah ni hadiah terakhir dari aku untuk kau..

dear KAU,
aku tak tahu sama ada kau baca or tak entry ni, tapi ni memang khas untuk kau...
sebab aku malas nak berhubung dengan kau lagi.. :)
hari ni, tanggal 22 MAC 2013 genaplah umur kau 21 tahun..
hoii..dah tua...haha..

HAPPY BIRTHDAY!!
yer,, memang aku tak ungkapkan direct kat kau sebab aku tak rasa pon itu penting... ( yer, memang tak penting )
sejujurnya aku memang tak kuasa nak cari pasal... **paham2 ler

suatu ketika dulu, kau mungkin pernah jadi..

-- someone special --
-- pelindung kepada diri aku --
-- penyeri hidup --
-- pengubat duka --
-- sahabat --
-- dan mungkin juga musuh --

tapi sekarang kau bukan lagi semua yang di atas sama ada sahabat mahupun musuh... bagi aku..
kau hanyalah seorang kawan yang dah lama aku tak bertemu muka dan bertegur sapa... it's okay.. sebab aku memang selesa begini....adil untuk kau dan adil untuk aku... sekarang kau dengan hidup kau, dan aku dengan hidup aku...

terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup aku...
dan terima kasih juga untuk kenangan manis, kenangan pahit dan kenangan masam2 manis...

** kalau baca ni kau tak payah la bajet aku sayang kau ke apa... tau... aku anggap kau kawan je.. kau dah mati dalam hidup aku...aku dah siap kuburkan nama kau lagi.. :D

tuk birthday kau, aku nak wish..

-- semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki
-- semoga apa yang kau hajati tercapai
-- semoga berbahagia bersama keluarga kau
-- semoga kekal bersama dan bahagia bersama si cantik kau dan aku doakan sampai ke jinjang pelamin.. insyaAllah...
-- semoga dapat habiskan pelajaran kau dengan cemerlang dan jayanya..
-- semoga sihat2 selalu...
-- semoga menjadi seorang yang baik, berguna, beriman, bertaqwa, jujur, ikhlas dan sewaktu dengannya la...
dan pesanan tuk kau... 

-- jangan lupa doakan yang baik2 untuk aku taw..
-- jaga family kau sebaiknya...
-- jaga diri dan si cantik kau elok2... ( anak dara orang tu )

lastly,
'HAPPY BIRTHDAY TO YOU, FRIEND'

ikhlas dari aku,
asma...



sharing is caring

Monday, 28 January 2013

11
comment(s)

KITA PUNYA TUHAN

hai awookkk!!
wooaa!! leganya test baru je lepas...
menunggu tarikh test yang seterusnya...
so, ada la mase tuk aku update blog ni...

semenjak dua menjak dan bermenjak2 ni..
aku sering perhatikan sikap manusia yang bagi aku kadang2 entah pape...
asal aku on facebook, klik je 'home', melambak2 facebooker yang update status..
yang aku tak faham, orang yang update ::
  • memakin hamun dan keluarkan kata2 kesat dan agak kurang ajar.. ( yang memalukan rata2nya 97% orang melayu beragamaIslam )
  • menceritakan ketidakpuasan hati terhadap seseorang... berdendam...( pendendam orangnye )
  • merintih kesedihan yang kononnya memerlukan perhatian orang lain
  • ber'sayang sayang', ber baby baby, ber' u u' dan ber ' i i '.. yang update ' i love him' , i love her,.. rindu la, ape la...arhh! dan yang sewaktu dengannye,,yang ni bebudak kapel la kan ( yang dah matang pon ramai, tapi macam budak ) wooaa! berbulu.....boleh luruh bulu kening aku..
  • memburuk2 seseorang ( sedangkan masing2 sesama umat Islam )

korang pon mesti selalu nampak update cenggitu kan?
serius aku tak tahu kenapa dengan diorang...
lupa ke??
kita punya Tuhan.. kita ada Dia...
tak perlu nak memaki hamun atau nak berdendam dengan sesiapa pun,.. itu hanyalah godaan syaitan yang menghantui kamu....melompat2 si syaitan tu nampak kamu yang terlalu ikutkan perasaan...nak tahu kenapa? sebab kamu dah lupa untuk mengingati Tuhan...
awak, Tuhan tak pernah lupakan kita...kita je yang selalu lupa Dia...khilaf.. kalau tengah marah, cuba ambil air sembahyang, solat... berzikir... itulah penawar paling  kuat untuk menenangkan kita.. insyaAllahh..
cubalah bersabar... sebabb...
sabar itu ajaib  :)



lagi satu, kalau bersedih, tak perlu update status bukan2... kamu tak perlu perhatian orang ramai.. sebab Dia sedang memberi perhatian kepada kamu.. setiap saat, setiap masa... jika bersedih, merintihlah kepadaNya...
merintih la sepuas2nya...Dia tak pernah jemu..Dia siap bagi bonus lagi.. 
setiap kesedihan kita tu, pasti Dia akan pulangkan dengan kebahagiaan.. insyaAllah...
beringatlah,..
saya, kamu dan mereka bukan keseorangan..

yang pasangan kapel pulakkkk....
menyampah betul aku... masa sayang, semua nye elok..awek kene gigit nyamuk, nyamuk dipersalahkan...
 bila putus, yang kau duk puji2 dulu, sanggup pulak kau maki2... siap block FB lagi..
awak, nak update status kamu sayang dia, rindu dia or wutever, memang tak salah..
tapi malu la tetibe putus di tengah highway.. puuiiihhh! 
kat mak abah taknak update ke? tak sayang dorang? tak rindu dorang??
kat mak abah korang tak nak update pulak..bonus, ko dapat pahala lagi.. :)
sejuk jugak orang yang baca... takde la berbulu.. 
hilang pasangan, boleh diganti.. tapi hilang ibu dan ayah, takkan dapat diganti...

jom sama2 amalkan doa ni

perlu ke kita sebagai umat Islam memburukkan umat sesama kita?
mana perginya nilai kita sebagai umat Islam..
elakkan la buat benda2 macam ni... macamana orang nak mencontohi kita kalau kita sesama sendiri bermusuhan..  yang lagi memalukan, yang siap memaki hamun tu perempuan Melayu beragama Islam dan BERTUDUNG..siap mencarut...dan menkhinzirkan orang lain tanpa segan silu...bukan sekali dua, tetapi sudah menjadi kebiasaan... apa salahnya kalau kita mendoakan yang baik2 untuk orang lain, walaupun musuh kita sekalipun...kadang2...
kawan boleh jadi lawan, lawan boleh jadi kawan..



bukan kat FB je la aku perasan..
mane2 je yang berkaitan.. FB, twitter, blog n macam2 lagi.. kadang2 YouTube pon ade yang post video annoying... huhhhh! 
aku tak tujukan kepada sesiapa pon, ini hanyalah satu perkongsian untuk kita sama2 membuka mata...
dan untuk peringatan aku yang sedang belajar tuk memperbaiki diri yang banyak kurangnya..
tenQ luangkan masa korang tuk baca entry ni...

pesanan untuk awok ::
jangan lupe tinggalkan jejak pada SHOUTBOX..
LIKE kalau suka..
SHARE jika bermakna..
COMMENT kalau sudi atau nak bagi pendapat :)

sharing is caring

Monday, 14 January 2013

19
comment(s)

SIMPLE TAPI BERMAKNA

copied from cik muka buku..






and lastly...
aku tak copy dari mane2..
tulus dan ikhlas dari
hati ,jiwa dan sanubari, jari yang menaip, mata yang melihat dan keperitan yang dirasai..
.
.
KADANG-KADANG KITA BUAT SESUATU YANG BODOH DAN BANGANG UNTUK KEBAHAGIAAN ORANG LAIN SEHINGGA MEMBURUKKAN NAMA SENDIRI..
SETIAP TITISAN AIRMATA YANG MENGALIR PASTI KAN DIBALAS KEBAHAGIAAN DARI-NYA UNTUKKU..
TERIMA KASIH ATAS SETIAP PERLAKUAN KAU..
DAN
SETIAP PERTUDUHAN KAMU, AKU TERIMA DENGAN HATI TERBUKA..
JIKA KEBENARAN TAK TERUNGKAI DI DUNIA,..
'AKU AKAN TUNTUT SEGALA KEBENARAN DI AKHIRAT'
TAK SALAH NAK BERCINTA.. TAPII..
JANGAN BUTA DENGAN CINTA ANDA :)
KERANA SAMPAI BILA2 ANDA AKAN JADI BODOH TANPA MELIHAT KEBENARAN..
WALAUPUN KEBENARAN BERADA DI DEPAN MATA, IA MASIH LAGI MENGABURI ANDA..
HANYA KERANA ANDA HANYA CELIK DENGAN KEBOHONGAN PASANGAN ANDA..
to readers ::
tinggalkan jejak okay,..? jerit kat shoutbox atau komen pada entry ;) tenx a lot, luangkan masa korang tuk baca entry ni.. korang OHSEM! :D


sharing is caring

Saturday, 12 January 2013

12
comment(s)

BERSYUKUR BILA DITINGGALKAN



Hai awookk!! Hehehe
Jumpa lagi kita kat entry ni kan.. sukenyee.... J

Ada sape2 kat sini putus chintan? Kecundang? Ditinggalkan? Meninggalkan? Atau mungkin TERcurang??  Bukan soalan kejam, tapi dah jadi trend sekarang..  Betul ke idok??  :D

Yang masih lagi bahagia bersama, tahniah aku ucapkan..

Entry ni tuk mencerahkan mata dan otak aku yang bercelaru dengan study.. J aku tetibe terfikir dan terpanggil tuk buat entry ni.. mengelamun panjang jugak aku malam ni..makin hari, umur kita semakin meningkat dan menapak naik dari satu anak tangga ke anak tangga seterusnya.. dan itu mematangkan kita..  tak gitu?? meh kita sama2 fikir..

Walaweh!  Aku tak reti nak mulakan!!!!
Camni la, aku selalu dengar kalau orang putus chintan, mesti ada ayat bodoh ni..nak memujuk2 la konon.. 
  • I tak boleh hidup tanpa u,,
  • U je nyawa i..      
  • Takde sapa yang boleh faham i selain u..
  • Hari2 yang mendatang takkan sama kalau u takde..
  • I dah takde tempat mengadu..kalau u takde, dekat sape lagi I nak mengadu..
  • I taknak kahwin ngan sape2 kalau bukan U.. ( eerrr ni sumpah penipu )

PUUIIIHHHHH!!! Dia tinggalkan kau, tak payah nak memujuk2 camtu.. ( even aku pernah jugak camni pada zaman kejahilan aku dulu hehehe ) tapi aku sedar kebodohan dan kebangangan aku..tapi itu dulu2.. :D kepada korang, jangan ikut perasaan sangat... tanamkan sifat dan sikap yang positif dalam diri korang...anda boleh mengatasi..

tak boleh hidup tanpa BF/GF korang?? HAKKKTUIIIIHHHH! Apa sebelum ni dorang salurkn oksigen kat korang tuk bernafas? Takde ex korang tu, boleh je korang dapat oksigen weh...  kalau la pasangan korang tu boleh jadi oksigen, nak je aku  rendam dorang dalam akuarium ikan.. senang ikan nak hidup.. tak payah aku pasang oksigen kene bayar elektrik bulan2..

bila ditinggalkan.. korang cool je.. korang kena bersyukur tau tak… sebab ::
  • Mungkin Tuhan sedang aturkan yang lebih baik untuk korang
  • Korang bertuah sebab ex korang tu awal2 dah tunjukkan sikap TAK GUNA
  • Korang boleh tumpukan perhatian pada belajar.. mungkin takde dia, korang akan lebih concentrate pada hidup
Dan korang kena sedar ::

  • Bila korang cool, dia akan sedar korang boleh je hidup tanpa dia..
  • Dia akan lebih sakit hati bila tengok korang happy
  • Korang tak pernah hilang pon tempat mengadu.. Tuhan sentiasa bersama kita, dia tak pernah tinggalkan kita.. setiap masa boleh mengadu..lagi berkat dan tenang kalau macam tu.. 
  • J
  • Lagi satu, orang yang paling memahami kita ialah orang yang melahirkan kita.. IBU/MOTHER/MAK/UMMI/MAMA..
  • Bila korang lebih berdedikasi, dan boleh manage masalah ni, ex korang mesti akan MENYESAL, MENYESAL dan TERUS MENYESAL..
  • Tak payah nak menangis sampai berhari2, membazir je airmata korang.. sedangkan ramai lagi yang mempunyai masalah tidak dapat mengeluarkan airmata.. ( fakta )


Entry ni untuk diri aku jugak, akan datang2 kita tak tahu apa akan jadi kan..? yang penting berdoa.. korang berdoa la yang terbaik untuk korang.. chintan, chintan jugak.. jangan lupa study, 
call mak ayah tau!! Jangan tahu kol boipren/gelpren je.. ( sentap la tu )



Aku minta maaf kalau entry ni ada menyakitkan hati sesape.. aku cume memberi pendapat  atas apa yang aku pernah lalui dan lihat sekeliling hidup aku ni.. at least, korang tak buat perangai bodoh camtu ( maaf maaf maaf ) okay baiklah, aku bodoh dan bangang sebab aku pernah jugak camtu.. pui.,. tapi tak seteruk yang korang fikir.. Hahahaha..  kalau ada salahnye dalam entry ni, mungkin bercanggah dengan pendapat korang tu, boleh bagi respon.. komen sikit.. terima kasih,,


To readers ::
tinggalkan jejak okay,..? jerit kat shoutbox atau komen pada entry ;) tenx a lot,luangkan masa korang tuk baca entry ni.. korang OHSEM! :D

sharing is caring

Friday, 11 January 2013

Sunday, 6 January 2013

16
comment(s)

KESIBUKAN MELAMPAU

AWOOOKKKK!!!
tenQ a lot coz skodeng blog yang tak seberapa ni.. :)
semenjak dua menjak empat belas menjak ni, banyak pulak gelaran aku dapat... mak datin, VIP, VVIP, menteri, puteri UMNO ( eh tak maen politik eyh ) .. pape je lah,.ape busy ke benor nye aku ni??

aku student, so same la jugak dengan student yang lain.. banyak benda yang nak diuruskan, disiapkan dan dihasilkan dengan jayanya.. ( puuiihhh ) so, aku susun 10 jari kalau ada yang tacing2 dengan aku.. yang bengang aku tak reply ke apa, bukan aku sengaja.. :)

ape yang busy benor tu?? kelas aku tak macam awak2 yang 5hari seminggu...
kelas aku sampai hari minggu pon ada lagi..kelas subjek mental yang selalu buat aku turut mental... sampai tertido aku belajar subjek tuh... bukan 2 jam, 3 jam,.. tapi 4,5 JAM.. stress..

hammbooiihhhh.. teruk benor.. 

aku punye kos tak macam orang lain.. aku kena abeskan semua lecture selama 3bulan.. kalau kos lain dapat habiskan lecture 4bulan..kenapa jadi camni? sebab setiap sem aku terpaksa praktikal di hospital..so, terpaksa la terkejar2 nak habiskan semua topic...lagi stress bila cuti sem 2 bulan, aku hanya dapat cuti 2 minggu.. SENGGARA weh... so, adik2 yang lepasan SPM yang berhajat nak sambung nursing atau medic yang lain, fikir banyak kali yer.. jangan ingat best sangat.. bersedia la mental and fizikal korang.. susah tu memang susah.. sangat susah.. ( tak de yang senang dalam hidup ni kalau nak berjaya ) semua akan jadi senang kalau mindset kita positif.. 



walaupun kadang2 aku rasa agak menyesal berada di sini, tetapi semangat tak mematahkan segalanya... dulu sebelum aku masuk, aku selalu fikir kos nursing kos paling senang, kacang jer.. rupenye, kacang  hantu betull.. tak seperti yang aku sangka...
aku tak tahu macam  mane doktor boleh jadi doktor ( bodohnye ayat aku ).. tapi betul aku cakap, aku terfikir, diorang yang belajar doktor tu makan apa agaknya.. kalau boleh, nak jugak resepi masakan yang diorang makan tuh.. haha.. mane tahu boleh jadi doktor.. e eh,.. aminn.. itu doa kan?? mane tahu termakbul doa di pagi hari ni.. :)  

so, sekarang hidup aku takde la stress macam gambar tuh.. rasa lebih teratur bila ada jadual sendiri...
dulu aku tak suka jadual2 ni... cam skema je kan... tapi sekarang, macam best pulak ada jadual.. walaupon kadang2 aku lebihkan waktu tidur.. kihkihkih ( jangan nak poyo ) konon je nak ikut jadual.. tengok la berapa lama tahan nak ikut jadual tu.. hakhakhak ( gelak jahat )

inilah hasilnya,
SLT - student learning time

P/S :: dilarang ganggu waktu belajar aku..HARAP MAKLUM.. :D
( yey! poyo la kau asma ) waktu study pon aku tidoq.. hahaha.. cakap je tersembuq, tapi time study, 5minit je,.. yang lame TIDOQ..

kod subjek aku untuk sem ni..
NUR 250 - mental health
NUR 251 - reproductive and sexual health nursing
NUR 252 - paediatric
NUR 253 - community nursing
NUR 254 - communicable diseases, oncology and special senses nursing

okay la, sampai sini je la.. 
awok!!!
*** tinggalkan jejak tau !! tata titi tutu..

assalamualaikum :)

sharing is caring

Friday, 4 January 2013

22
comment(s)

TQ awok

hai awokkk..
lame tak update kan.. rindu tak rindu tak? hehe..
actually aku agak busy beberapa minggu ni.. maklum ler balik kampung... bukan setakat balik kampung, assignment tuk aku siapkan terlalu banyak dan terpaksa la mengehadkan waktu2 lain.. mungkin entry2 aku yang akan datang tak sekerap dulu.. cewah! busy benor bunyiinyee...


di kesempatan ni, aku rasa masih belum terlambat tuk aku ucapkan SELAMAT TAHUN BARU kepada awok2 semua... :)
so camne ngan azam tahun lepas korang? OK??  KO??? teett... tepuk dada, tanya pak abu.. kalau yang dah  termakbul azam korang tu, alhamdulillah... tahniah aku ucapkan... sesape azam yang belum tercapai lagi, jangan bimbang, jangan sedih2, bak kata orang ganu, " dok soh mbeng sebek ngat ".. tak salah pon sambung azam korang tahun ni...kan kan kan? tak kisah la azam baru or lame, aku doakan semoga azam korang tercapai... insyaAllah.. :D

actually, entry ni aku buat khas untuk kawan2 aku sebagai  penghargaan.. :) untuk ape? meh baca meh..
malam 2jan2013 malam yang paling indah dalam hidup aku... nampaknye permulaan tahun yang agak baik.. ececececeee... nak tahu kenapa? sebabnye,...aku dikejutkan dengan kek yang cantik and hadiah2 yang sangat berharga bagi aku.. aishh malu pulak... dah besar2 pon nak excited gitau orang bout ni... ade aku kisah? ouwh lupe..diorang celebrate bday aku tu sebenarnye lewat beberapa hari.. mungkin disebabkan tarikh 24 disember masing2 pulang ke kampung..by the way, tenx a lot awok2 semua susah payah beli kek jauh2.. sweet la awok!! sayang awok2!! terharu seyhh.. next birthday nak lagi hadiah2 comel tu.. kihkihkih

kek awok beli tu sedap sangat...saya sukeeee.. and memang kek coklat fav saya... pandai awok beli :)
terima kasih awok <3


hadiah2 awok semua, saya akan jaga elok2.. pomiss!!

ni hadiah yang paling awal aku dapat.. masa aku kat kampung lagi...

daripada :: mahirah hafiza ( mek cek )

to fiza,
fiza, sampai hari ni asma dop makang lagi kelat nim hor.. sayang molek nok makang.. hahaha... kes kelat mahal, nak beli dop mampu.. kihkihkih.
kelat kene makang gok gane2 pom, tapi asma jaga la bekas ye or molek.. hehehe :)
mekasih fiza... luv u !!

------------------------------------------------------

and yang lain, serentak aku dapat masa kat kolej rafflesia 4, uitm Puncak Alam..

daripada :: siti noraisyah ( esoh buje )

to esoh,
olololo...tomeinye bear...paka topi agi hom... hehe tenq tuk bear comel nim.. hajat aku nak gantung kat tingkap bilik aku, hari2 mung buleh tengok bear ni...mesti mung suke mari lepak bilik aku...haha.. tapi kalu mu wi hok besor lagi, buleh gok aku peluk wat tido malam.. kuikuikui... pape pon, mekasih ecah.. luv u!  :)

------------------------------------------------------

daripada :: nurmunirah ( niner ) 
to niner,
tq ner kasi tabung comel tu kat aku.. pasni tak yah la aku simpan dalam botol minyak yu yee lagi.. kihkihkih..
boleh ikan tu berenang ngan kura2 aku.. hihihi... comelll!! ner, perhati muka ikan tu macam sape?? nanti bagi jawapan kat aku... :D lastly, mekasih niner.. luv u !! :)

------------------------------------------------------

daripada :: alia nadiha ( ali )

to alia,
aku toksey tido male duk main salji mu tu.. haha.. comell333!! kelip lip lap lip lap... merioh molep demo beli ko kawe...hihihi.. aku suko benar kelip2 ni.. blink2 mate aku.. pah ceroh duk tunggeng...roomate aku pon pening tengok aku.. haha.. mekasih alia... luv u !! :)

inilah kenangan terindah aku awal tahun....
korang memang OHSEM!!


okay la, sampai sini je entry aku tuk malam + pagi + subuh hari ni...
mata, jari, hidung, telinga dan semuanya dah penat berfungsi hari ni.. masa untuk berehat pulak.. jumpe next entry  :)

pesanan kepada readers, tinggalkan jejak korang tau :) 

bubye :)

sharing is caring